❥pengikut ❤

Khamis, 22 Mac 2012

Watak 2

Detective Boys:


  • Ayumi Yoshida (吉田歩美 Yoshida Ayumi)
Seorang gadis kecil yang menjadi kawan Conan, Genta dan Mitsuhiko, Ayumi merupakan satu-satunya ahli perempuan dalam kumpulan mereka (sebelum kemasukan Haibara). Dia jatuh hati kepada Conan (yang membuatkan Conan tidak selesa kerana dia menyukai Ran). Kuat menangis. Dia orang pertama yang cuba berkawan dengan Haibara ketika Haibara baru memasuki sekolah mereka. Haibara hanya membenarkan Ayumi memanggilnya "Ai-chan" yang lebih mesra daripada panggilan ahli Pasukan Detektif Muda terhadapnya iaitu nama keluarganya, "Haibara".



  • Mitsuhiko Tsuburaya (円谷光彦 Tsuburaya Mitsuhiko)
Rakan Ayumi dan Genta yang minat dengan Ayumi dan Haibara. Pintar dan pandai menggunakan komputer. Dia selalu menunjukkan kefahaman pengetahuan am yang baik kerana banyak membaca buku pengetahuan sains. Ibu bapanya bekerja sebagai guru dan dia mempunyai seorang kakak.



  • Genta Kojima (小嶋元太 Kojima Genta)
Rakan Ayumi dan Mitsuhiko yang mendakwa dirinya sebagai ketua Pasukan Detektif Muda (少年探偵 Shōnen Tantei). Dia berbadan besar dan sering mendakwa dirinya betul tetapi turut mementingkan persahabatan. Kuat makan. Kelas 1B di Sekolah Rendah Teitan(bersama Mitsuhiko, Ayumi, Conan dan Haibara).




  • Ai Haibara (灰原哀 Haibara Ai) 
Nama gelaran Oragnisasi Hitam "Sherry" (シェリー) atau Shiho Miyano (宫 野 志 保 Miyano Shiho) – Merupakan bekas ahli sindiket jenayah yang mencipta APTX 4869, racun yang mengecilkan Shinichi. Shiho mengkhianati organisasi itu selepas Gin membunuh kakaknya, Akemi Miyano. Shiho mengambil dadah tersebut dengan hasrat membunuh diri tetapi sebaliknya, seperti Shinichi, dia turut menjadi kecil. Dia dijaga oleh Profesor Agasa dan menjadi rakan dan pembantu Conan. Dia kini berusaha memperbaik penawar APTX 4869 agar Conan dapat mendapatkan balik badan sebenarnya.







Tiada ulasan: