❥pengikut ❤

Khamis, 22 Mac 2012

Watak 3

keluarga dan teman-teman:



  • Hiroshi Agasa (阿笠 博士 Agasa Hiroshi) 
Agasa Hiroshi, atau Agasa-hakase, yang bermaksud Profesor Agasa) – Seorang profesor yang agak cuai yang banyak mencipta alatan yang membantu Conan. Ciptaannya sering diketawakan oleh Shinichi. Jiran Shinichi sejak kecil. Dia kini menjaga Haibara yang tinggal bersamanya. Dia sering membawa Pasukan Detektif Muda keluar bermain dan berkhemah maka bertindak sebagai penjaga mereka dalam ekspedisi mereka.





  • Sonoko Suzuki (鈴木 園子 Suzuki Sonoko) 
Kawan karib Ran. Dia anak orang kaya. Walaupun begitu, Sonoko berlagak seperti seorang gadis remaja biasa: minat dengan barang atau permainan baru, suka membeli-belah dengan Ran dan berminat kepada lelaki yang kacak. Teman lelakinya ialah Makoto Kyogoku. Sebelum dia menemui teman lelakinya dia kurang bernasib baik dalam hal cinta.



  • Eri Kisaki (妃 英里 Kisaki Eri)
Ibu kepada Ran Mouri dan isteri Kogoro Mouri. Dia bekerja sebagai peguam bela. Dia dikenali sebagai "Ratu Peguam". Dia telah hidup berpisah dengan Kogoro Mouri sejak 10 tahun yang lalu kerana suaminya (Kogoro) sering kemabukan, berjudi pada pacuan kuda, dan suka mengatal dengan wanita lain. Tetapi sekarang dia masih tetap memakai cincin perkahwinnya dan selalu menguji Kogoro apakah dia masih mencintainya atau tidak. Dia mempunyai seekor kucing jenis Russian Blue yang bernama Goro pada namanya suami Eri, iaitu Kogoro.


  • Yusaku Kudo (工藤 優作 Kudō Yusaku)
Ayah Shinichi dan suami Yukiko Kudo. Dia adalah seorang novelis novel misteri terkenal khususnya novel detektif, dan dia telah menciptakan tokoh popular, "Night Baron." Dia sangat bijak dan dulu dia sering membantu polis menyelesaikan kes yang tidak dapat dipecahkan orang lain. Kemampuan menyelesaikan kesnya lebih hebat daripada Shinichi. Dia adalah orang yang membuat nama Kaito Kid (Phantom Thief Kid) untuk "Pencuri nombor 1412" (Phantom Thief 1412). Pernah diisyaratkan bahawa dia mungkin mengetahui bahawa Toichi Kuroba adalah Kaito Kid (sebelum Kaito Kuroba) yang dia hadapi.


  • Yukiko Kudo(工藤 有希子 Kudō Yukiko)
Adalah ibu Shinichi Kudo dan isteri Yusaku Kudo. Nama sebelum kahwinnya ialah Yukiko Fujimine. Sebelum dia adalah seorang pelakon yang dilatih dengan seni penyamaran oleh Toichi Kuroba tetapi berhenti berkarier pada usia 20 tahun untuk berkahwin dengan Yusaku. Dia kadang melawat Jepun untuk memperhatikan anaknya . Kerana reputasinya sebagai isteri penulis novel misteri terkenal dan kerana dia melibatkan dirinya di beberapa kes jenayah yang kadang-kadang dia bantu menyelesaikanya, dia telah diberi sebuah nama panggilan, "The Night Baroness" untuk watak utama yang suaminya ciptakan untuk novel misterinya (novel misteri Yusaku Kudo). 


  • Heiji Hattori (毛利 小五郎 Hattori Heiji?
Anak kepada Ketua Inspektor(Superintenden) polis Osaka bernama Heizo dan seorang detektif seperti Shinichi. Dia kuat bersaing dengan Shinichi untuk membandingkan kehebatan deduksi mereka. Keupayaannya membuat kesimpulan tepat tidak kalah kepada Shinichi tetapi dia selalu bertindak lebih terburu-buru. Kulitnya hitam seperti ayahnya walaupun ibunya berkulit putih. Dia mengetahui identiti sebenar Conan dan sering membantunya menyembunyikan identiti sebenarnya daripada Ran. Dia juga suka kepada Kazuha anak kepada ketua polis di Osaka dan mereka berdua sering bertengkar atas perkara yang kecil. Kazuha juga merupakan cinta pertama Heiji sejak kecil. Heiji juga mahir dalam seni mempertahankan diri Kendo dan kedudukannya dalam pasukan Kendo adalah di tempat kelima.Tinggi: 182 cm



  • Kazuha Toyama (遠山 和葉 Tōyama Kazuha)

Anak ketua balai polis di Osaka. Dia mencintai Heiji walaupun mereka sering bergaduh dan dia tidak berani meluahkan isi hatinya. Pada mulanya, dia menyangka Shinichi seorang perempuan kerana terlalu cemburu (Heiji sering menceritakan tentang Shinichi kepadanya). Dia seorang ahli Aikido.


  • Sumiko Kobayashi(小林 澄 子 Kobayashi Sumiko)
Dia adalah guru kelas Conan Edogawa dan teman wanita Ninzaburo Shiratori. Beliau juga dilantik sendiri (dan agak tidak diundang) sebagai "pengurus" Pasukan Detektif Muda.


  • Azusa Enomoto(榎本 梓 Enomoto Azusa)
Dia merupakan pemilik Cafe Poirot yang selalu dikunjungi oleh Kogoro, Ran dan Conan. 


  • Eisuke Hondo(本堂 瑛祐 Hondō Eisuke)
Dia adalah rakan sekelas Ran Mouri yang sangat cuai dan tumpul. Dia pernah disyaki sebagai anggota Organisasi Hitam kerana kemiripannya dengan Rena Mizunashi dan kerana perilakunya yang aneh. Dia kemudian percaya bahawa Rena membunuh ayahnya, yang sebenarnya Rena merupakan kakaknya yang melakukan penyamaran. Eisuke, setelah mengetahui kerjaya ayahnya sebagai agen CIA, berpindah ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan kerjaya sebagai agen CIA. 



  • Subaru Okiya (沖矢 昴 Okiya Subaru)
Adalah seorang mahasiswa kejuruteraan yang kini tinggal di rumah Shinichi Kudo bersebelahan dengan rumah Profesor Agasa. Anggapan Haibara, beliau seorang Organisasi Hitam iaitu Bourbon kerana berhidu bau organisasi tersebut di badan beliau.



  • Tomoaki Araide(新出 智明 Araide Tomoaki)

Doktor muda dan doktor kepada Kogoro Mouri. Beliau adalah sekali itu jurulatih bola keranjang di sekolah Ran, dan, apabila pertemuan pertama mereka, berfikir sebagai satu saingan untuk perasaan mesra dan menyebabkan Shinichi terdengar gosip tersebut. Dia telah muncul semula dalam sekitar Conan, pada beberapa kali - nampaknya sekurang-kurangnya; identitinya digunakan oleh vermouth untuk mengesan Shiho Miyano. Vermouth hampir dibunuh oleh beliau untuk memudahkan perlindungannya, tetapi FBI telah berpindah buat sementara waktu dia keselamatan di Amerika. Dia menyamar sebagai Hideyuki Hori.
















 





Tiada ulasan: